Tongod Bakal Dapat Mercu Tanda Baharu

masiung.jpg
Kongsi Bersama

TONGOD: Pekan Baharu Tongod bakal menjadi mercu tanda daerah ini apabila projek pembangunannya siap kelak.

ADUN Kuamut, yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah berkata, kerajaan negeri telah bersetuju dengan pembangunan bandar baharu itu.

Menurut beliau sebanyak RM6 juta diperuntukkan bagi membina 12 unit kedai bertingkat di atas tanah seluas 6.24 ekar.

“Bagi fasa pertama sebanyak enam unit akan dilaksanakan pada awal tahun ini sebaik sahaja juru perunding memperolehi kelulusan daripada Majlis Daerah Tongod.

“Pelan cadangan projek komersial itu sudah siap sepenuhnya dan kita telah mendapat tempahan awal daripada beberapa syarikat pasar raya dan juga restoran makanan segera,” katanya ketika melawat tapak Projek Pekan Baharu Tongod, semalam.

Kata Masiung, dengan kedudukan daerah ini d ibawah program koridor pembangunan Sabah Maju Jaya, beliau yakin Tongod mampu menjana lebih banyak program pembangunan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurutnya, sebaik sahaja projek komersial itu didirikan, akan menyusul satu lagi projek perumahan kos rendah melibatkan 50 unit yang terletak bersebelahan bangunan kedai bertingkat tersebut.

“Perumahan kos rendah itu kelak akan dibina secara berfasa dan dijual kepada orang awam yang berkelayakan dengan harga di bawah RM50,000.

Turut hadir, Pengurus Besar LPPB, Rosemary Ahping; Pengurus Bahagian Komersial, Della Sindul dan pegawai-pegawai kanan LPPB.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top