Tokan Dadah Kota Belud Dicekup Polis

IMG-20210726-WA0010.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD : Bertindak atas maklumat pengedaran dadah, pada 25 Julai 2021 sepasukan anggota Polis daripada Bahagian Narkotik IPD Kota Belud telah menjalankan serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kg. Pirasan, Kota Belud Sabah.

Hasil serbuan telah berjaya menangkap dua orang disyaki pengedar dadah jenis ganja.

Semasa serbuan dijalankan seorang suspek yang kelihatan terkejut cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap.

Pemeriksaan lanjut telah berjaya menemukan satu bekas plastik bertutup warna merah yang diserahkan sendiri oleh suspek berisi 20 paket plastik lutsinar berisi daun daun kering yang disyaki dadah jenis ganja dengan nilai pasaran RM 1200.

Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kota Belud, Sabah untuk ujian air kencing dan tindakan lanjut. Hasil ujian saringan awal urine terhadap kedua-duanya mendapati positif dadah jenis THC.

Dadah jenis ganja yang dirampas daripada suspek dipercayai untuk pasaran sekitar Kota Belud dengan harga RM 120 hingga RM 140 bagi setiap paket kecil. Siasatan keatas kedua suspek dijalankan di bawah Sek. 39A(2) ADB 1952.

Siasatan lanjut bagi mengesan pengedar sebenar dan rakan subahat yang membekal dadah ‘ganja’ kepada suspek akan dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah penyalahgunaan dadah dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud untuk tindakan lanjut.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top