Tok Ti Dalam ‘Top 30’ Dunia Penyanyi Paling Banyak Terima Anugerah

tok-ti.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR : Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membanggakan Malaysia apabila tersenarai sebagai salah seorang penyanyi atau pemuzik yang paling banyak menerima trofi anugerah sepanjang zaman.

Portal The Artist Museum meletakkan Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti di tangga ke-27 daripada 100 penghibur terkemuka dari seluruh dunia.

Pengiktirafan ini sekali gus meletakkan Tok Ti berada di hadapan sejumlah nama besar industri muzik global, termasuk Justin Timberlake, Usher, Nicki Minaj, Katy Perry, Celine Dion dan Bruno Mars.

Menerusi senarai 50 terbaik yang dikeluarkan oleh portal berkenaan, Tok Ti berjaya mengumpul 329 anugerah sepanjang kariernya.

Tangga teratas masih kekal diungguli oleh raja pop, Michael Jackson dengan 1,003 anugerah.

Ini diikuti oleh Beyonce (896 anugerah), Taylor Swift (867), BTS (784), Justin Bieber (720), Whitney Houston (714), Lady Gaga (566), Ed Sheeran (561), Elvis Presley (526) dan Rihanna dengan 496 anugerah dalam carta 10 penerima trofi terbanyak dalam industri muzik.

Untuk rekod, Siti Nurhaliza masih mengekalkan takhtanya sebagai artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah sehingga kini.

Malah, kecemerlangannya dalam industri seni muzik itu pernah direkodkan dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top