TNB, SESB Sumbang Kelengkapan Ke Sekolah Kepada 200 Murid Di Kota Marudu

maximus-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA MARUDU: Seramai 200 orang murid dari empat buah sekolah rendah di sini menerima sumbangan kelengkapan ke sekolah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kelmarin.

Setiap pelajar diberikan beg sekolah, alat tulis dan wang tunai RM50, bagi memudahkan persediaan mereka untuk kembali ke sekolah pada bulan hadapan.

Sumbangan Program Ceria Ke Sekolah ini merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB dan SESB.

“Anak-anak kita terpaksa mengikuti kelas dalam talian selama hampir dua tahun, berikutan penutupan sekolah bagi mengawal penularan Covid-19.

“Saya percaya ia bukan satu peralihan yang mudah daripada kelas dalam talian kepada kelas fizikal, tetapi dengan sumbangan SESB ini, para penerima akan lebih bersemangat untuk kembali ke sekolah,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Para penerima adalah dari SK Lampada, SK Koromoko, SK Mangin dan SK Panadahan, daripada kumpulan B40 dan dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan merangkap ADUN Tandek, Hendrus Anding; Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir. Idris Mohd Noor; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu, Farah Dalila Doris; dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Kota Marudu, Yusuf Bakrin.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top