TM Diminta Pertingkat Capaian Internet Di DUN Lumadan

adun-lumadan.jpg
Kongsi Bersama

BEAUFORT: SyarikatTelekom Malaysia Berhad (TM) wilayah Sabah diminta memperluaskan akses telekomuniasi terutama capaian internet di daerah ini terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan, Ruslan Muharam berkata, jika mahu memastikan hasrat dan aspirasi kerajaan sampai hingga ke akar umbi sudah pasti ia memerlukan jaringan telekomunisi yang baik dan tiada had sempadan.

Oleh itu kata, pihak TM perlu merancang supaya setiap kampung di Beaufort terutama di Lumadan mempunyai capaikan internet supaya penduduk ada akses kepada apa juga maklumat yang disampaikan oleh kerajaan.

“Masih terdapat lebih kurang 40 buah kampung yang masih belum mempunyai capaian internet. Ini menyukarkan penduduk kampung untuk berhubung kerana tidak boleh akses kepada internet,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Wilayah TM Sabah, Datuk Mohd Sainal Mohd Amin.

Menurut Ruslan dalam era digital sekarang ini di mana segala urusan harian dijalankan secara dalam talian termasuk sesi pengajaran dan pembelajaran anak-anak sekolah, penduduk yang tidak di kawasan yang tidak ada internet sudah tentu akan ketinggalan dalam semua hal.

Dalam pada itu, Mohd. Sainal berkata, pihaknya akan menaik taraf kelajuan internet di kampung yang sudah mempunyai kemudahan internet dan akan membina menara telekomunikasi di beberapa kawasan di DUN Lumadan yang akan dikenal pasti, pada hujung tahun ini.

Sehingga kini, sebanyak 18 kampung yang sudah mempunyai pusat internet dari 58 kampung di seluruh DUN Lumadan.

Terdahulu Ruslan menyampaikan 476 bakul bantuan makanan di Mukim Lima yang melibatkan enam buah kampung yang terjejas akibat banjir dan telah terputus hubungan jalan raya.-pr/BNN


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top