TKM wanita pertama Sabah meninggal dunia

Datuk-Ariah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan ketua menteri wanita pertama Sabah, Datuk Ariah Tengku Ahmad, meninggal dunia pagi ini pada usia 86 tahun.

Berita duka itu disahkan oleh anaknya, Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad.

“Al-Fatihah, dengan rasa sedih yang mendalam, saya mengumumkan pemergian ibu tercinta, Datuk Ariah Tengku Ahmad yang meninggal dunia di kediamannya hari ini, 16 Jun 2024.

Ariah, yang dikenali oleh kawan rapatnya sebagai Irene Pritchard, adalah isteri kepada Almarhum Brigedier Jeneral Tunku Ahmad Tunku Besar Burhanuddin.

“Kehidupan ibu dicirikan oleh perbezaan dan perkhidmatan,” kata Fuad, yang juga peguam terkenal di Sabah, dalam satu kenyataan.

“Dia menjadi kapten Jesselton Athletics Team, dimahkotakan sebagai Miss Jesselton 1956, pernah menjadi penyampai radio, wartawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawang, Menteri Perkhidmatan Sosial dan Timbalan Ketua Menteri.

“Tapi di sebalik semua itu, beliau adalah seorang ibu dan nenek yang menakjubkan yang kami semua sayang dan akan rindui.

“Sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Semoga Allah merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya di Jannatul Firdaus dalam kalangan para solihin,” katanya.

Pada tahun 1993 Allahyarham Ariah dilantik menjadi timbalan ketua menteri Sabah di bawah kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sekali gus menjadikannya wanita pertama di Sabah dilantik ke jawatan itu.

Ketika itu beliau adalah Adun Kawang yang disandangnya sejak 1986 hingga 1995.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top