TKM Tinjau Tapak Pelancaran Pesta Kaamatan 2022

IMG-20220326-WA0000.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU : Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan hari ini membuat tinjauan di tapak sambutan Pelancaran Pesta Kaamatan Sabah 2022.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau menerima taklimat terperinci daripada Pengerusi Sambutan Walter Kenson (Pegawai Daerah Keningau) berkenaan persiapan pelancaran yang bakal dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah pada 1 Mei depan.

Turut hadir Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap ADUN N40 Bingkor Datuk Robert Tawik.

Acara sambutan kali ini yang bertemakan ‘Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi’ dijangka akan di sambut selama 3 hari dalam bentuk karnival.

Antara acara-acara yang bakal dipersembahkan dalam sambutan Kaamatan kali ini ialah Pertandingan Unduk Ngadau, Sugaidoi, Pertandingan Masakan Tradisi, Pertandingan Sukan Tradisi dan Pertandingan Paluan Gong.

Selainnya konsert Kaamatan, pameran agensi kerajaan, kraftangan, pelancongan dan rumah-rumah tradisi.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top