TKM Tinjau Lokasi Tanah Runtuh Jalan Kg Kikiran dan Jalan Kg Liau Laut

Dr-Jeffry.jpg
Kongsi Bersama

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan melawat ke dua lokasi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Kampung Kikiran dan Kampung Liau Laut Apin-Apin, Keningau pada pagi semalam.

.

Turut hadir bersama ialah Pembantu Menteri JKR Sabah merangkap ADUN N.40 Bingkor, Datuk Robert Tawik, dan Jurutera Bahagian Kawasan Pedalaman JKR Sabah, Zulkefli Salip Arjud.

Zulkefli telah memberikan taklimat terperinci kepada Dr. Jeffrey dan Robert mengenai kejadian tanah runtuh tersebut termasuk jalan alternatif yang sedia ada.

Dr.Jeffrey menekankan betapa pentingnya jalan raya tersebut kepada pengguna kerana itu ialah jalan utama Apin-Apin – Keningau.

Pihak JKR akan memastikan kedua-dua lokasi jalan raya yang runtuh itu diperbaiki secepat mungkin.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top