TKM Tinjau Kawasan Banjir Penampang – Kota Kinabalu

Dr-jeffrey-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, telah meninjau beberapa tempat dan laluan utama aliran air dan projek tebatan air untuk memantau penyelesaian masalah banjir di kawasan Penampang – Kota Kinabalu.

Menurut Dr Jeffrey, kejadian banjir dan bencana yang sering berlaku sebahagiannya disebabkan saliran yang mengecil di tempat-tempat tertentu.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata, kerja-kerja pembesaran tidak dapat dijalankan kerana terhalang oleh tiang-tiang elektrik dan sistem perpaipan yang belum dipindahkan.

“Rumah-rumah yang dibina dalam kawasan tanah simpanan tepi sungai dan kawasan perparitan turut menjadi penghalang.

“Penduduk sekitar perlu dipindahkan ke perumahan kawasan selamat. Kedua-dua perkara ini memerlukan peruntukan.

“Kita memerlukan sekurang-kurangnya RM401 juta. Sekarang yang kita ada hanya RM281 juta,” ujarnya.

Oleh yang demikian, tegasnya, apa yang boleh dilakukan hanyalah mengambil langkah-langkah yang bersesuaian dengan peruntukan, di samping menyiapkan kerja-kerja pembesaran di kawasan yang tidak ada halangan.

“Kerja-kerja pembesaran sungai telahpun dimulakan daripada 3 dan 5 meter kepada 7 meter, tetapi terputus-putus kerana pelbagai halangan.

“Ini memerlukan kerjasama antara SESB, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Kerja Raya serta penduduk yang tinggal di sekitar perparitan dan sungai,” katanya lagi.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top