TKM Lancar Persatuan Usahawan Wanita IKS, Kota Belud

Joachim-IKS-Kota-Belud.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Semalam menjadi detik bersejarah bagi Persatuan Usahawan Wanita IKS, Kota Belud apabila ia dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, di sini.

Dalam ucapannya, Dr Joachim berkata,  penubuhan Persatuan Wanita IKS, Kota Belud yang mendapat sambutan menggalakkan itu adalah satu inisiatif yang baik selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membangun usahawan di daerah ini.

“Usahawan yang berjaya bukan sahaja mampu mengeluarkan produk dan menjualnya di pasaran. Usahawan seharusnya terus maju ke hadapan, berkembang bukan sahaja dari segi bisnes tetapi juga “mind set” usahawan juga harus terus maju ke hadapan dengan mengambil kira penggunaan teknologi moden untuk pengeluaran dan juga penjualan seperti e-dagang.

“Sememangnya, saya juga mengetahui banyak cabaran dan bukannya mudah untuk berjaya, tetapi saya percaya dengan tekad yang kuat dan komitmen yang tinggi, saya pasti kejayaan dan impian pasti akan tercapai. Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan dan kejayaan itu bermula dengan langkah pertama,” kata Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian (MID).

Dalam usaha memperkembangkan sektor IKS, kata beliau, Kementeriannya akan terus memainkan peranan untuk membantu dalam aspek yang relevan seperti pemasaran dan e-Dagang supaya perniagaan menjadi lebih produktif dan berkesan.

“Oleh itu, saya sekali lagi menyarankan para usahawan untuk sentiasa berhubung dengan Kementerian saya terutamanya Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) yang memainkan peranan utama dalam pembangunan usahawan IKS di Sabah ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Usahawan Wanita (IKS) Kota Belud, Natalia Hassan.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top