TKM Lakukan Kunjungan Hormat Ke Atas Pesuruhjaya Polis Sabah

Bung-Pjaya-polis-Sabah.jpg

A. BINCANG...Bung bersama Idris dan Jauteh berbincang semasa pertemuan tersebut.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin pagi tadi telah melakukan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah di Ibu Pejabat Polis Sabah, di Kepayan.

Turut menyambut ketibaan Bung yang juga Menteri Kerja Raya ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun serta pegawai-pegawai kanan ibu pejabat polis Sabah.

Dalam pertemuan tersebut pelbagai perkara dibincangkan antaranya isu-isu keselamatan khususnya di Sabah selain beberapa cadangan termasuk menaik taraf infrastruktur asas seperti bangunan-bangunan balai polis dan kediaman anggota di seluruh daerah di negeri ini.

Turut juga disentuh ialah penglibatan komuniti setempat, badan-badan NGO serta agensi kerajaan lain dalam menjaga aspek keselamatan di komuniti masing-masing.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top