Tingkatkan Budaya Kerja Berkualiti – Shahelmey

shahelmey-1.jpg
Kongsi Bersama

PUTATAN: Tingkatkan budaya kerja berkualiti dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Menurut Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang merupakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, ianya penting untuk kecemerlangan sesebuah organisasi dan kesejahteraan masyarakat setempat.

“Budaya kerja yang beretika dan berintegriti merupakan aspek penting dalam kita memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

“Suburkan jaringan kerja yang baik diantara jabatan, agensi, dan juga masyarakat setempat untuk kesejahteraan semua” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika berucap semasa majlis Riang Ria Raya mengagihkan kuih raya di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Tanjung Keramat, Putatan, semalam.

Mengulas mengenai program tersebut, Shahelmey berkata, agihan kuih raya tersebut adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada jabatan dan agensi yang ada di daerah Putatan.

“Sumbangan kuih raya ini sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada semua yang terlibat memberi khidmat kemasyarakatan untuk masyarakat yang ada di sekitar daerah Putatan” jelasnya.

Untuk rekod, tradisi agihan kuih raya sempena menjelangnya Hari Raya ini telah dimulakan semenjak dua tahun lalu oleh Pusat Khidmat Rakyat Tanjung Keramat. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top