‘Tinggal lagi empat peratus kita boleh rentas negeri’

KJ.jpg
Kongsi Bersama

Tinggal lagi empat peratus untuk seluruh rakyat Malaysia diberikan kebenaran merentas negeri selepas kadar lengkap vaksinasi populasi dewasa negara kini semakin menghampiri 90 peratus.

Menurut Utusan Malaysia, perkembangan itu secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman atau bercuti ke mana-mana destinasi dalam tanah air.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kadar vaksinasi negara semalam terus mencatatkan peningkatan memberangsangkan dengan 86 peratus populasi dewasa sudah lengkap divaksin.

“Dengan lebih banyak pergerakan, akan berlakunya lebih banyak perhimpunan. Kita perlu mengambil tanggungjawab terhadap tindakan kita. Jika anda menunjukkan simptom, dapatkan kit ujian dan uji diri. Jika positif, asingkan diri secepatnya,” katanya dalam ciapan akaun Twitter beliau pada Sabtu.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan.

Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu.

Mengikut portal CovidNow hari ini, sejumlah 20,317,843 individu atau 86.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka kelmarin, bermakna hanya tinggal kira-kira 3.2 peratus lagi untuk mencapai kadar 90 peratus vaksinasi populasi dewasa.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top