Tindakan Segera Pihak Konsesi Sambung Semula Jambatan Runtuh Dipuji

jambatan-2.jpeg

SIPITANG: Dalam usaha untuk memastikan masyarakat tidak terputus hubungan ekoran jambatan yang runtuh di Sipitang, sebuah syarikat konsesi bertindak pantas dengan membina semula jambatan itu sementara menantikan arahan lebih lanjut dari pihak berwajib.

Jambatan yang menghubungkan kampung Long Mio dan kampung Long Pasia di Sipitang Sabah yang runtuh ekoran hujan lebat serta banjir  baru-baru ini,  akhirnya berjaya disambungkan semula dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sementara menantikan satu jambatan konkrit yang kekal dapat dibina di lokasi berkenaan oleh syarikat konsesi terbabit.

Dalam satu hantaran di media sosial, pemilik akaun Zico Solaiman Baru Agong berkata , beliau  mengucapkan terima kasih kepada syarikat berkenaan yang telahpun diberi amanah oleh kerajaan negeri untuk membina semula jambatan yang runtuh tempoh hari.

 

Katanya walaupun bersifat sementara (dengan menggunakan kayu balak) namun ia besar maknanya kepada penduduk Kampungg Long Mio dan Kampung Long Pasia.

“Saya berharap suatu hari nanti jambatan penghubung ini dinaik taraf kepada konkrit agar lebih tahan dan selamat digunakan,”katanya.

Diharapkan Kerajaan Negeri dapat memberikan peruntukan segera agar jalan berkenaan dapat disambung semula agar aktiviti masyarakat tidak  terganggu lebih-lebih lagi di dalam tempoh sukar ekoran penularan wabak Covid-19 ini. – Sabah Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top