Tindakan pantas Madius selesaikan masalah pencerobohan tanah padang ragut di Tengilan

madius.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang prihatin masalah rakyat turun padang bagi membantu menyelesaikan isu pencerobohan tanah ragut membabitkan tiga kampung di Tengilan baru-baru ini.

Selepas menerima aduan mengenai perkara itu, Madius yang juga Pengerusi SESB telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu sesi dialog berkaitan isu pencerobohan padang ragut tersebut.

Beliau berkata ia melibatkan Ketua Kampung (KK), Pengerusi JKKK serta penduduk ketiga-tiga kampung iaitu Rani, Suromboton, dan Napitas (RASUNA) dengan pihak berkuasa Jabatan Veterinar Daerah Tuaran di Dewan Muhibbah Kg. Suromboton pada 20 Mei lepas.

Madius berkata selepas semua pihak berbincang dan meneliti secara mendalam, satu keputusan penyelesaian yang baik telah dicapai.

“Keputusan ini adalah secara ‘win-win situation’ antara penduduk kampung dengan Jabatan Veterinar,” katanya dalam catatan terbaharu di Face Book.

Menurutnya kedua-dua pihak bersetuju agar tanah padang ragut yang sekian lama diduduki oleh yang orang kampung boleh diaturkeluarkan dan seterusnya diwartakan sebagai Tanah Simpan Kampung.

“Namun para peternak kerbau, iaitu 8 keluarga di Kg. Rani, 15 keluarga di Kg. Suromboton dan 3 di Kg. Napitas meminta supaya ada tanah padang ragut untuk kegunaan ternakan kerbau mereka.

“Akhirnya secara prinsip, semua yang hadir, bersetuju supaya, bagi Kg. Suromboton dan Rani sebanyak 70 peratus tanah akan diperuntukkan untuk pembinaan rumah, manakala 30 peratus akan dikekalkan sebagai tanah padang ragut.

“Bagi Napitas, oleh kerana hanya 3 keluarga yang masih menternak kerbau, keluarga keluasan padang ragut akan di tentukan kemudian,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top