Tindakan pantas bomba selamatkan bayi terkunci dalam kereta

baby.jpg

Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang terkunci dalam kereta semalam. - BERNAMA

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang terkunci dalam kereta di Jalan Gaya di sini semalam.

Jurucakap JBPM Sabah berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.28 pagi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat seorang bayi lelaki terkunci di dalam sebuah kereta. Pasukan bomba kemudian bertindak membuka pintu kereta yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas.

“Pasukan bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk membuka pintu kereta tersebut sebelum menyerahkan bayi itu kepada ibu bapanya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada pukul 11.44 pagi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top