Tindakan Azis terdesak meraih simpati – Nizam

Nizam-2.jpg

Datuk Nizam (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kenyataan Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd Azis Jaman yang mengatakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sama seperti Firaun menerusi satu klip video, adalah satu tindakan yang amat terdesak.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata tindakan itu jelas menunjukkan Azis terdesak untuk meraih simpati.

Tambah Nizam, beliau (Azis) jelas mempunyai akal yang cetek kerana berbicara sedemikian sehingga sanggup melabelkan pihak lain demi kepentingan politiknya yang jelas terpesong dan bertentangan dengan akidah.

Dalam satu kenyataan di sini, Nizam berkata tindakan menyamakan Firaun dengan mana-mana pihak apatah lagi daripada mulut seorang pemimpin kepada pemimpin yang lain adalah tindakan keji, malah memperlihatkan ceteknya pengetahuan seseorang.

“Firaun juga mungkar dan menganiaya nyawa yang tidak berdosa kerana membunuh semua bayi lelaki yang lahir selepas mempercayai kata-kata pendeta dan ahli nujum istana beliau tentang ramalan kejatuhan kerajaannya.

“Bukan sekadar simpati, bahkan dia sebenarnya bermain dengan sentimen fitnah, berniat buruk dan mempersendakan sirah nabi yang kita semua sedia tahu. Kata-kata yang dilontarkan dia juga adalah berbaur hasutan dan hasad dengki,” katanya.

Dalam pada itu, Nizam turut memperingatkan semua pihak untuk membuka minda dan celik hati dalam menilai dan memilih pemimpin. – PENERANGAN GAGASAN RAKYAT

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top