Tindakan Aksyah keluar parti tidak jejaskan Bersatu Sabah

Yunus-Nurdin.jpg

Yunus Nurdin

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tindakan Timbalan Ketua Bersatu Sabah Aksyah Nasrah keluar parti tidak menjejaskan persediaan Bersatu Sabah menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang, lapor FMT.

Setiausaha Bersatu Sabah, Yunus Nurdin, berkata tindakan Aksyah juga tidak menggugat parti kerana beliau tidak mempunyai kekuatan serta sokongan akar umbi di peringkat bahagian.

“Kita mengharap juga mudah-mudahan beliau pindah ke parti lain yang lebih baik, mungkin dia boleh berjaya di sana, mana tahu. Dalam politik sesiapa boleh pergi mana-mana,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Aksyah mengumumkan keluar Bersatu dan menyokong GRS pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Beliau turut melepaskan semua jawatan dalam Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Aksyah, beliau menyokong Hajiji dan perjuangan GRS dalam mempertahankan hak serta kepentingan Sabah seperti termaktub dalam perlembagaan negeri.

Mengulas lanjut, Yunus yang juga ahli Majlis Tertinggi Bersatu turut menolak tindakan Aksyah sebagai sabotaj kerana perkara biasa bagi ahli politik mencari tempat yang ‘selesa’.

“Kalau ini dianggap sabotaj dan mengganggu Perikatan Nasional dalam PRN Sabah…saya rasa tidaklah,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top