Timur, Utara Sabah Diramal Hujan Hari Ini Dan Esok

hujan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan di timur dan utara Sabah pada Selasa dan Rabu (3 dan 4 Januari), berikutan penumpuan angin yang dijangka berlaku berdasarkan analisis model-model cuaca.

Jabatan itu dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang turut dijangka dalam tempoh sama di pedalaman dan barat Semenanjung serta tengah dan barat Sarawak pada sebelah petang hingga ke malam.

“Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 5 Januari 2023. Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top