Timbalan Menteri Lawat, Hulur Bantuan Kepada Mangsa Air Pasang Besar Di Menumbok

siti-aminah.jpg

Siti Aminah (kanan) menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada penduduk yang terjejas.

Kongsi Bersama

MENUMBOK: Fenomena air pasang besar dan ombak yang berlaku di perkampungan atas air Kampung Laut dan Sekalong dekat sini, malam kelmarin menjejaskan 15 buah rumah.

Tiada kemalangan jiwa atau rumah roboh dalam kejadian yang bermula jam 11 malam hingga 1 pagi itu.

Bagaimanapun, kejadian tersebut menjejaskan penduduk kampung terlibat yang menyaksikan hampir keseluruhan rumah dimasuki air pasang selain merosakkan harta benda.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching yang kini berada di kawasan turut bergegas menemui penduduk yang terlibat di samping menghulurkan bantuan awal berupa kewangan dan keperluan makanan untuk meringakan beban mereka yang terlibat.

“Alhamdulillah hari ini saya berpeluang menemui mereka yang terjejas disamping menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka dan saya turut bersyukur kerana tidak ada kejadian yang serius yang berlaku seperti rumah roboh sebagaimana yang berlaku di daerah lain seperti di Sandakan,Pitas, Kudat dan Tanjung Aru Kota Kinabalu,” katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa-mangsa yang terlibat.

Dalam pada itu, Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort meminta penduduk yang tinggal dikawasan pantai dan sungai khsusnya di kawasan tersebut agar sentiasa berwaspada ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini dan juga fenomena air pasang besar yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini.

Katanya penduduk terlibat terutama yang tinggal di pesisir pantai atau berhampiran dengan pantai dinasihati supaya berhati – hati dalam berdepan fenoma air pasang besar dan sentiasa mendapatkan laporan terkini mengenai keadaan cuaca dari pihak yang berkuasa.

“Atas sebab keselamatan, saya meminta penduduk untuk mengosongkan rumah mereka dan menyelamatkan dokumen penting sekiranya fenomena luar jangka ini berlaku,” katanya.

Ketua Wanita Umno bahagian Beaufort itu juga menyeru pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan Kampung (JPKK ) di kampung yang terlibat agar memantau keadaan jambatan yang menghubungkan antara rumah ke rumah yang mungkin mengalami kerosakan ekoran bencana tersebut.

Menurut beliau jika berlaku kerosakan ianya perlu diperbaiki segara agar tidak menjejaskan kehidupan penduduk yang terlibat.

Turut serta dalam lawatan itu Ketua Daerah Mengundi Menumbok Mohd Fadzlee Abdullah pemimpin masyarakat tempatan serta pegawai pegawai dari Pusat Parlimen Beaufort.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top