Tiket Sehala Ke Sabah, Sarawak Tidak Melebihi RM300

anthony-loke.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membeli semua baki tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak serta akan menjualnya pada harga harga tidak melebihi RM300 mulai 20 Mei ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata penjualan tiket itu bagi membantu rakyat untuk pulang ke kampung halaman bersempena dengan sambutan Pesta Kaamatan, yang akan disambut pada 30 Mei dan Hari Gawai pada 1 Jun ini.

“Harga tiket penerbangan sehala bagi setiap penumpang bagi laluan domestik yang menghubungkan Semenanjung akan ditetapkan sebanyak maksimum RM300 atau mengikut harga sebenar tambang jika harga tiket itu kurang daripada harga berkenaan.

“Harga ini tidak termasuk cukai dan fi. Tempoh perjalanan adalah tiga hari sebelum tarikh bagi kedua-dua perayaan berkenaan.

“Setakat semalam, baki tiket penerbangan antara Semenanjung ke, Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 17,708 tiket,” katanya pada sidang media, hari ini. – BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top