Tiga tahun gagal siapkan Kompleks Sukan Kota Marudu, KBSS perlu ambil tindakan drastik – Hendrus

Hendrus.jpg

ADUN Tandek Datuk Hendrus Anding semasa meninjau projek Kompleks Sukan Kota Marudu yang masih gagal disiapkan walaupun sudah berlanjutan tiga tahun. (Kredit foto: FB Hendrus Anding)

Kongsi Bersama

KOTA MARUDU : Kementerian Belia dan Sukan Sabah perlu memandang serius kegagalan kontraktor menyiapkan projek Kompleks Sukan Kota Marudu kini sudah berlanjutan lebih tiga tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek Datuk Hendrus Anding berkata, pihak kontraktor gagal menyiapkan projek yang ditetapkan pada 31 Julai lalu mendakwa adalah disebabkan faktor hujan.

Katanya, kegagalan pihak kontraktor menyiapkan projek ini menyebabkan pemimpin di kawasan tersebut akan dipersalahkan.

“Saya sedikit emosi berhubung Kompleks Sukan Kota Marudu pagi ini sebab alasan yang diperoleh pihak kontraktor ini gagal menyiapkan projek dengan alasan diberikan disebabkan faktor hujan,” katanya dilaman rasmi TikTok di sini semalam.

Hendrus merupakan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, lebih mengecewakan, pihak kontraktor sekali lagi mendapat kelulusan pelanjutan masa (EOT) sehingga bulan November ini.

“Perkara ini sangat mendukacitakan saya serta seluruh rakyat di kawasan Kota Marudu, kerana kelewatan ini sudah berlanjutan lebih tiga tahun.

“Saya berharap Kementerian Belia dan Sukan Sabah serta Lembaga Sukan Sabah memandang serius perkara ini kerana pemimpin akan dipersalahkan berhubung perkara ini,” jelas Hendrus. – Sabah News Today (SNT)

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top