PAPAR: Polis menahan tiga lelaki yang terbabit dalam beberapa kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata siasatan berterusan dan kerjasama dengan rakan sejawatan mereka dari kontinjen polis Kota Kinabalu membawa kepada penahanan tiga suspek di ibu negeri.
Suspek berusia 20-an dan 30-an itu dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dan curi kenderaan di Papar.
Dalam tangkapan itu, polis turut menemui beberapa barangan yang digunakan suspek ketika melakukan jenayah termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna biru dan tiga telefon bimbit.
Suspek telah direman dan akan disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan, kata Kamaruddin.
Berita asal: The Borneo Post