Tiga suspek pecah masuk stesen minyak diburu polis

pecah-kedai.jpg

Keadaan pintu kaca kedai yang pecah.

Kongsi Bersama

KENINGAU: Tiga lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah stesen minyak di Pekan Sook, di sini awal pagi Isnin sedang diburu polis.

Kejadian yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika stesen minyak berkenaan tidak beroperasi.

Difahamkan, stesen minyak berkenaan mengalami kerugian lebih RM4,500 membabitkan kehilangan wang tunai, rokok jualan dan telefon bimbit akibat kejadian ini,

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima daripada pengurus premis yang berumur 40 tahun.

Katanya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kes berkenaan melibatkan tiga suspek yang menaiki sebuah kereta jenis kompak.

“Hasil siasatan bagaimanapun mendapati nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan adalah palsu dan didaftarkan dengan kenderaan lain.

“Ketika kejadian, ketiga-tiga suspek dirakam memakai jaket, berseluar panjang dan sarung tangan serta pelitup muka,” katanya ketika dihubungi.

Yampil berkata, siasatan lanjut mendapati, ketika kejadian, senjata yang digunapakai adalah lastik dan besi kuku kambing.

“Salah seorang suspek melastik pada pintu kaca hadapan kedai sehingga pecah sebelum dua suspek masuk ke dalam kedai untuk mencuri.

“Usaha mengesan ketiga-tiga suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah masuk premis,” katanya.- Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top