Tiga remaja perempuan hilang sejak Jumaat

remaja-hilang.jpg

oxanne (kiri ) dan Christivy (kanan) serta Valensia (tiada dalam gambar) dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu. (Foto: PDRM)

Kongsi Bersama

RANAU: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan tiga remaja perempuan yang dilapor hilang dari rumah mereka di Kampung Kaingaran di sini, sejak Jumaat lalu.

HMetro dalam laporannya hari ini memetik Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin sebagai berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga seorang daripada remaja itu pada 8.48 malam tadi.

Katanya, dalam laporan, pengadu mendakwa tiga remaja itu dikesan hilang selepas keluar dari rumah pada 7.30 pagi, 10 Mei lalu.

“Mereka memberi alasan mengikuti latihan silat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut, Ranau. “Bagaimanapun, sehingga laporan polis dibuat, ketiga-tiga remaja belum kembali ke rumah,” katanya ketika dihubungi dihubungi HMetro hari ini.

Menurut Simiun, siasatan mendapati kali terakhir ketiga-tiga remaja itu dilihat orang awam pada 8.30 pagi semalam di Pekan Ranau selepas turun dari bas mini putih.

“Mereka kemudiannya dilihat menaiki kereta Perodua Viva oleh lelaki dengan kenderaan menggunakan nombor plat palsu,” katanya.

Simiun memaklumkan, remaja perempuan yang dilaporkan hilang adalah Valensia Mail, 15; Roxanne Abbygail Richard dan Christivy Holyen Hamdy masing-masing berusia 13 tahun.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau di talian 088-875222 atau menghubungi talian mana-mana balai polis berhampiran dengan segera,” ujarnya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top