Tiga remaja hilang ditemukan selamat di Sandakan

polis.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tiga remaja perempuan berumur 13 dan 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu di Ranau ditemukan selamat di Sandakan.

Keadaan mereka diketahui selepas salah seorang daripada mereka menghubungi ahli keluarga lewat petang Selasa.

Remaja terbabit memberitahu ibunya bahawa ketiga-tiga mereka tidak balik ke rumah kerana mahu ke Sandakan untuk mencari kerja supaya dapat membeli telefon pintar.

Sementara itu, Ketua Polis Dearah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin, ketika dihubungi mengesahkan penemuan ketiga-tiga remaja terbabit di Sandakan.

Katanya, remaja terbabit akan dibawa balik ke Ranau untuk proses soal siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing

Dalam kenyataan sebelum ini, Simiun berkata, polis menerima laporan kehilangan seorang daripada keluarga remaja terbabit pada jam 8.48 malam semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga remaja itu dilihat kali terakhir oleh orang ramai pada kira-kira jam 8.30 pagi semalam di pekan Ranau.

“Ketiga-tiga mereka dikatakan turun dari sebuah bas mini sebelum dijemput seorang lelaki yang kemudian membawa mereka menaiki sebuah kereta jenis kompak berwarna putih.

“Sejak itu, ketiga-tiga mereka dikatakan tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarga risau lalu membuat laporan polis pada malam Isnin,” katanya. -Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top