Tiga ratu Borneo bawa cabaran ke peringkat nasional Ogos depan

ratu.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tiga Ratu Borneo dari 3 Kategori Miss Ms Stellar World Malaysia Borneo 2024 akan membawa cabaran Borneo (Sabah/Sarawak) ke Peringkat Nasional Ogos depan.

Ratu Miss MMSWMB 2024 Adeline Teo dari Sarawak dinobatkan sebagai Ratu kategori Miss Stellar World Malaysia Borneo manakala bagi Kategori Miss Mrs Stellar World Malaysia Borneo pula dimenangi oleh Mardiana Dickson (Sarawak).

Bagi Kategori Miss Ms Stellar World Malaysia Borneo (Elite) 2024 pula diraih oleh peserta mewakili Sabah, Ani Mustapah yang turut menerima Anugerah Juri Best In Deep Interview dan Best In Evening Gown pada malam berkenaan.

Turut sama mengiringi ketiga-tiga Ratu ini kelak ialah pemenang-pemenang dari Tempat Kedua, Ketiga, Ke-4 dan Ke-5 dari setiap kategori.

Final Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024 berlangsung di Riverine Ballroom Kuching Sarawak dan disertai seramai 21 orang peserta dimana dua darinya mewakili Sabah.

Peringkat Nasional di jangka berlangsung pada 3 Ogos depan manakala Peringkat Dunia (Antarabangsa) akan berlangsung pada awal tahun 2025, jelas Pengarah Borneo State Miss Ms Stellar World Malaysia Borneo 2024, Kimi Tomas.

Turut kelihatan hadir sama dalam acara gilang gemilang itu ialah Pengarah Miss Ms Stellar World Malaysia , Sherlyn Chan Seet Leng dan wakil daripada Sarawak Tourism Malaysia. –  SGmedia Groups

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top