Tiga Pengusaha Pelancongan Luar Bandar Sabah Terima Anugerah

anugerah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Padas Farmstar, Mari-Mari Cultural Village dan Homestay Taun Gusi mengharumkan nama sektor pelancongan luar bandar Sabah apabila terpilih menerima Anugerah Asean Tourism Standard 2023-2025, kelmarin.

Padas Farmstay dan Mari-Mari Cultural Village masing-masing menerima Anugerah Pelancongan Berasaskan Komuniti Asean manakala Homestay Taun Gusi menerima anugerah Asean Homestay Standard.

Anugerah-anugerah itu disampaikan pada Forum Pelancongan Asean yang berlangsung di Yogyakarta, Indonesia.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai turut menzahirkan rasa gembira ke atas kejayaan dan pengiktirafan ketiga-tiga pengusaha pelancongan luar bandar tersebut.

“Saya mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah kerana dapat mengekalkan tahap tertinggi kualiti produk dan perkhidmatan mereka walaupun berdepan cabaran pandemik Covid-19.

“Pengiktirafan yang diterima oleh tiga produk pelancongan luar bandar Sabah ini merupakan rangsangan besar kepada profil antarabangsa tawaran pelancongan luar bandar Sabah,” katanya yang mengetuai delegasi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di forum pelancongan tersebut.

Joniston yang juga pengerusi STB berkata, anugerah itu merupakan petanda baik bagi misi Pelancongan Sabah untuk membantu kawasan luar bandar dan komuniti berkembang maju dalam bidang pelancongan.

“Semoga ini akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk meningkatkan tahap dan bekerjasama untuk menjadikan kawasan luar bandar kita sebagai destinasi bertaraf dunia menjelang 2030,” katanya.

Dalam forum tersebut, Pengarah Urusan Padas Farmstay Tham Yau Kong, pengurus pangkalan Mari-Mari Cultural Village Jeremiah Jamson dan penyelaras Homestay Taun Gusi Ismail Muile telah menerima anugerah tersebut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top