Tiga Pelajar UMS Dipilih Untuk Program Erasmus+ Di Turki

pelajar-ums.jpg

Irnah (kiri), Yoggenderan (tengah) dan Dayangku Sharina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum ber;lepas ke Turki.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tiga pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam program Erasmus+ di Universiti Cankiri Karatekin di Turki dari 7 Mac hingga 8 Julai.

Irnah Narui dari fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Yoggenderan Kalaichelvan dan Dayangku Sharina Natasha Mohd Shafree juga dari fakulti Sains dan Sumber Asli yang merupakan pelajar tahun dua dan tiga akan menjalankan program mobiliti selama satu semester.

Menurut timbalan pengarah Pusat Pengantarabangsaan dan Penglibatan Global UMS, Profesor Madya Dr Wardatul Akmam Din, selepas Sidang Kemuncak Institusi Pengajian Tinggi Eurasia yang diadakan pada 27 Februari hingga 1 Mac 2019 di Istanbul, Turki, UMS telah dijemput oleh Universiti Cankiri Karatekin di Turki untuk menandatangani perjanjian bagi menjalankan program Erasmus+.

“Program ini merupakan program biasiswa di mana setiap pelajar yang menyertainya akan diberikan elaun sara hidup dan pengangkutan,” katanya.

“Selain memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dan tinggal di negara asing, matlamat program itu juga adalah untuk menyediakan pengalaman antarabangsa dan memupuk silang budaya dan kesediaan pelajar untuk menghadapi cabaran global masa hadapan,” katanya.

Dr Wardah juga berkata, program Erasmus+ akan diteruskan dengan aktiviti mobiliti staf pada masa hadapan melibatkan staf akademik dan pentadbiran sebagai salah satu inisiatif untuk mempromosikan UMS di arena global.

Universiti Karatekin Cankiri telah ditubuhkan pada 28 Mei 2007 di wilayah Cankiri.

UMS turut dijemput oleh Universiti Manis Celal Bayar, Turki untuk melaksanakan program yang sama.

 

Sumber: The Borneo Post

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top