Tiga Mangsa Rumah Musnah Akibat Banjir Di Sugut Terima Bantuan Wanita UMNO Penampang

wanita-penampang.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG:  Tiga keluarga yang kehilangan rumah mereka semasa kejadian banjir lumpur di Kg Manantani Koidupan, Sugud, Penampang mendapat perhatian berbagai pihak termasuk Wanita Umno Penampang.

Wanita Umno Penampang berkesempatan  melawat dan  menghulurkan sumbangan wang tunai kepada tiga keluarga berkenaan semalam.

“Bantuan yang diberikan sama ada dari pihak kerajaan, NGO, syarikat swasta mahupun individu kepada mangsa banjir di Penampang menunjukkan solidariti dan semangat Keluarga Malaysia yang amat prihatin dengan nasib rakyat negeri ini,” kata Noraini Idris Ketua Penerangan Wanita Umno Sabah.

Noraini yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Sabah dan Ketua Wanita Umno Penampang berkata, tiga keluarga yang menjadi mangsa bencana sehingga memusnahkan kediaman masing-masing itu kini tinggal dalam khemah dan pondok yang didirikan, sementara menanti rumah mereka siap dibina atas inisiatif kerajaan dengan kerjasama NGO.

“Semoga usaha kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah dan pihak NGO dalam memberikan dan membina rumah baharu untuk keluarga ini akan dapat menceriakan kembali kehidupan mereka,” tambah Noraini.

Hujan lebat yang berterusan  pada 16 September lalu  telah mengakibatkan beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dilanda banjir di mana turut mengakibatkan berlakunya tanah runtuh, selain terjadinya banjir kilat di beberapa daerah lain.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top