Tiga Lelaki Diburu Terlibat Kes Samun Berkumpulan di Luyang

pecah-rumah-luyang.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tiga lelaki yang terlibat dalam kes samun berkumpulan Taman Regent, Luyang sedang diburu oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kejadian samun itu berlaku pada 21 Ogos, kira-kira jam 3.25 pagi semasa mangsa baharu sampai di rumahnya.

Ketika pengadu masuk ke dalam rumah didapati terdapat seorang suspek lelaki berada di dalam rumahnya. Suspek kemudian meluru keluar dari rumah untuk melarikan diri namun, sempat dikejar oleh pengadu dan saudaranya.

“Berlaku pergelutan dan satu beg jenis kain yang cuba dicuri oleh suspek berjaya dirampas oleh pengadu.

“Suspek berjaya memanjat pagar dan keluar dari dalam kawasan rumah lalu beredar dengan menaiki sebuah kereta jenis Nissan Navara berwarna hitam nombor pendaftaran ST1828 disyaki nombor pendaftaran palsu.

“Kenderaan itu berada di luar kawasan rumah sedang menunggu rakan jenayah mereka. Anggaran kerugian sebanyak RM1000,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, suspek dipercayai tiga orang lelaki dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat dengan kes ini diminta segera membantu pihak polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Palani Nathan di talian 016-4122835,” ujarnya. – BORNEO TODAY

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top