Tiga Kes Strok Haba Di Sabah Telah Pulih – Dr Rose Nani

rose-nani.jpg

Datuk Dr Rose Nani

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tiga orang yang mengalami strok haba di Sabah berusia antara 9 hingga 27 tahun.

Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata kes pertama adalah pelajar lelaki berusia 18 tahun.

“Dia dimasukkan ke wad pada 15 April dan dibenarkan pulang pada 18 April,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes kedua ialah kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang dimasukkan pada 30 April dan dibenarkan keluar pada 2 Mei.

Bagi kes ketiga, pesakit merupakan seorang pekerja sendiri berusia 27 tahun yang hanya menerima rawatan pesakit luar pada 29 April lalu.

“Cuaca panas melampau boleh menyebabkan seseorang itu terus berpeluh sehingga menyebabkan air dalam badan berkurangan.

“Antara simptom berkaitan cuaca panas termasuklah badan terasa kering dan panas, degupan jantung meningkat, pening, loya, sawan atau pitam.

“Kanak-kanak dan warga emas menghadapi risiko paling tinggi untuk mengalami masalah kesihatan daripada situasi ini.”

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top