Tiga Kampung Di Telupid Terputus Hubungan, Jambatan Rosak, Feri Tidak Beroperasi

jambatan-telupid.jpg
Kongsi Bersama

TELUPID: Kira-kira 3,000 penduduk dari tiga buah kampung di sini terputus hubungan sejak beberapa hari lalu ekoran kerosakan jambatan gantung (gambar) iaitu satu-satunya laluan akternatif penduduk kampung merentasi Sungai Labuk, demikian lapor Nabalu News semalam.

Menurut portal itu, seorang penduduk Kg.Baba Andrew Peter Parantis berkata, jambatan gantung ‘Jambatan Ansuan Berayung’ itu adalah laluan alternatif penduduk Kampung Baba, Kampung Ansuan dan Kg. Sebrang Buis yang tidak menggunakan perkhidmatan feri.

“Jambatan gantung itu adalah satu-satunya laluan alternatif penduduk kampung untuk menyeberang Sungai Labuk untuk ke Pekan Telupid sekiranya tidak menaiki feri.

“Tetapi disebabkan jambatan itu mengalami kerosakan akibat banjir sejak 2 Januari lalu dan feri juga tidak beroperasi sejak 30 Disember 2021 sebab banjir sehingga hari ini, penduduk kampung mengalami masalah sekiranya berlaku kecemasan,” katanya kepada Nabalu News.

Sehubungan itu Andrew berharap agar jambatan itu dibaiki segera kerana ia adalah satu-satunya laluan alternatif penduduk kampung selain perkhidmatan feri.

“Saya juga mencadangkan agar kerajaan membina jambatan konkrit menyeberangi Sungai Labuk menggantikan jambatan gantung,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top