Tiga jam sembunyi dalam semak, akhirnya dicekup juga

addict-sorok.jpg

POLIS menahan penagih yang bersembunyi di kawasan semak di Kampung Lembaga Padi, Inanam. (FOTO Ihsan Polis)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tindakan seorang penagih melarikan diri sebelum bersembunyi dalam semak selama tiga jam, gagal apabila dicekup polis dalam Ops Sarang Bersepadu, semalam.

Menurut HMetro operasi bermula kira-kira 4 pagi itu, di kawasan setinggan di Kampung Lembaga Padi dan Kandang Ayam, Inanam.

Suspek pada mulanya melarikan diri dan bersembunyi di kawasan semak sebaik menyedari kehadiran pasukan polis di Kampung Lembaga Padi.

Helah suspek bagaimanapun berjaya dikesan polis menjelang siang selepas pasukan serbuan mengepung kawasan semak sebelum menahan suspek yang didapati positif dadah jenis syabu.

Laporan HMetro itu turut memetik Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah sebagai berkata, suspek adalah antara 11 individu yang ditahan dalam operasi yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Ops Bersepadu ini di adakan bagi membanteras kegiatan penagihan dadah, selain memastikan masyarakat setempat rasa selamat dari unsur jenayah pecah rumah atau jenayah lain,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pasukan serbuan menghadapi cabaran menjalankan operasi di kawasan setinggan dengan keadaan rumah yang tidak tersusun termasuk di kawasan yang mempunyai sambungan wayar elektrik haram yang boleh mengancam nyawa.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top