Tiga Calon Bebas Sokong GRS, Kedudukan Kini 41-32

GRS.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah yang disertai PN, BN dan sekutunya kini mempunyai 41 kerusi berikutan sokongan tiga adun Bebas dan dengan itu mahu calon mereka dilantik sebagai ketua menteri hari ini.

Malaysiakini melaporkan mengenai perkara itu berdasarkan sumber yang diperolehinya daripada pertemuan peringkat tinggi pemimpin-pemimpin gabungan tersebut di Hotel Magellan Sutera di sini.

Bagaimanapun, sumber dilaporkan memberitahu bahawa setakat tengah hari ini, para pemimpin gabungan belum dapat mengesahkan calon mereka.

Pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah dilihat di hotel itu dan baru sahaja masuk ke mesyuarat, diiringi oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sebelumnya Umno diwakili oleh naib presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaik sahaja calon diputuskan, para pemimpin gabungan akan ke istana Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin untuk upacara mengangkat sumpah.

Sementara itu, sumber itu juga memberitahu Malaysiakini bahawa selain 38 kerusi yang diperolehi oleh GRS dalam pemilihan semalam, gabungan itu juga mendapat sokongan daripada tiga adun bebas iaitu Datuk Rubin Balang (Kemabong), Datuk Seri Ruddy Awah (Pitas), dan Datuk Masiung Banah (Kuamut).

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top