Tiga Beradik, Sepupu Lemas Di Kampung Contoh, Petagas

web-lemas-sabah.jpeg
Kongsi Bersama

PUTATAN: Tiada siapa menyangka aktiviti mandi-manda sekumpulan remaja dan kanak-kanak bertukar menjadi tragedi apabila empat daripada mereka ditemukan lemas selepas dua jam dilaporkan hilang.

Empat mangsa yang merupakan tiga beradik serta sepupu mereka itu dilaporkan hilang pada 6 petang semalam dan mangsa pertama ditemukan pada 9 malam tadi.

Keempat-empat mangsa dikenali sebagai Korais Amit,8; Noraini Amit,13; Rafidah Amit; dan sepupu mereka Galang Naim,17.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kesemua mangsa disahkan lemas dan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebaik kesemua mangsa tiba di daratan, pegawai KKM yang berada di lokasi mengesahkan keempat-empat mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.

Mohd Haris berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, kesemua sembilan mereka melakukan aktiviti mandi manda sebelum empat daripada mereka hilang dikhuatiri lemas.

Kemudian panggilan kecemasan dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pada 6 petang. Sebaik menerima laporan, beliau sendiri terus bergegas ke lokasi kejadian bersama pasukan PDRM lain.

Di samping membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa, PDRM turut menjalankan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Susulan kejadian itu, Mohd Haris menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi pergerakan anak-anak terutama semasa tempoh pelaksanaan PKP 3.0 ini. Ketika ini, anak-anak sepatutnya berada di rumah.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk siasatan lanjut dan kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR).-BORNEO TODAY

 

Foto: Utusan Online

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top