Tidak Turun Padang? Ini Jawapan Darell…

darell-leiking.jpg

Datuk Darell Leiking (Gambar fail).

Kongsi Bersama

PENAMPANG: Timbalan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Darell Leiking menepis dakwaan calon lawan bahawa beliau sukar dilihat berada di kawasan semasa menjadi Ahli Parlimen Penampang.

Darell berkata, sepanjang rakyat berada dalam keadaan sukar ketika pandemik Covid-19 melanda, selaku ahli Parlimen Pembangkang, beliau turun memastikan agihan bantuan makanan diberkan kepada golongan memerlukan.

Walau berhadapan dengan kekurangan peruntukan sebagai ahli Parlimen pembangkang itu bukan alasan untuknya tidak turun padang membantu rakyat yang berada dalam kesempitan.

“Saya tidak mahu kritik sesiapa tapi, selaku wakil rakyat saya percaya penduduk Penampang nampak saya bekerja sepanjang musim pandemik. Pusat Khidmat Parlimen saya sentiasa dibuka dan memberi perkhidmatan kepada rakyat sepanjang masa.

“Jadi, jika dikatakan saya tidak turun padang, biarlah rakyat yang menilai keadaan itu bukannya calon lawan.” katanya.

Menurutnya, ada yang mengadu mengapa beliau tidak turap jalan raya. Itu bidang kuasa agensi kerajaan jadi seharusnya mereka bertanya terus kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Jika rakyat ingin menilai hasil kerjanya, Darell berkata, semasa berada dalam kerajaan, beliau secara terbuka telah mengemukakan kad laporan Parlimen Penampang bagi memperlihatkan penyaluran peruntukan yang diterima daripada kerajaan.

Perbelanjaan itu dilakukan secara telus bagi melaksana pelbagai program pembangunan dan bantuan untuk menjaga kebajikan rakyat sepanjang tempoh 22 bulan.

 

Berita asal: Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top