Tidak ramai peserta Unduk Ngadau kuasai bahasa ibunda – Masiung

masiung.jpg
Kongsi Bersama

TONGOD; Wujud kepincangan tradisi dalam penggunaan bahasa ibunda yang perlu diperbaiki dalam sejarah pertandingan Unduk Ngadau Pesta Kaamatan di Sabah.

“Walaupun, bahasa Kadazan Dusun digunapakai menerusi sisi soaljawab kepada setiap peserta namun tidak ramai peserta Unduk Ngadau menguasai dialek bahasa itu,

” Isu ini jelas menafikan peluang peserta Unduk Ngadau melangkah ke peringkat lebih tinggi walaupun mereka memiliki kelebihan sebagai bakal ratu, “kata ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Beliau berkata demikian semaca berucap pada perayaan Pesta Kaamatan daerah Tongod, yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Datuk Dr Jeffery G. Kitingan pada Sabtu.

Masiung mempersoalkan, ramai wanita muda menyertai pertandingan itu terdiri daripada pelbagai cabang etnik dari pelosok negeri sebenarnya kurang memahami dialek KadazanDusun.

” Isu ini turut menafikan peluang peserta Unduk Ngadau melangkah ke peringkat lebih tinggi walaupun mereka memiliki kelebihan lain dalam ciri kecantikan, ” tegasnya.

Masiung mencadangkan supaya sisi soal jawab peserta Unduk Ngadau tidak hanya terhad kepada bahasa KadazanDusun, tapi ia perlu dipelbagaikan mengikut dialek daerah asal peserta terbabit.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu mahukan Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan negeri merangka garis panduan baharu berhubung syarat pertandingan yang menjadi acara kemuncak pesta itu pada tahun akan datang.

Katanya, soroton tradisi perayaan Pesta Kaamatan di Sabah perlu ditambah baik, bukan sahaja memartabatkan bahasa kesukuan, tapi perlu memperagakan pakaian tradisi mengikut cabang etnik masing-masing.

Masiung turut mengesa badan Induk Pesta Kaamatan Negeri menghantar beberapa pengacara pesta itu untuk berkursus bagi menguasai dialek bahasa etnik lain di Sabah.

Katanya, perayaan pesta terbesar di Sabah itu wajar dikongsi bersama bagi mempromosi tradisi budaya mengikut 33 senarai etnik yang ada di negeri ini. – Jesselton Times

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top