Tidak mustahil Sabah boleh diperintah oleh kerajaan satu parti – Mohd Shafie

SHAFIE_APDAL269_1538005309.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persekitaran politik Sabah yang tidak menentu memungkinkan rakyatnya memilih hanya satu parti untuk berkuasa pada pilihan raya negeri akan datang, kata Datuk Seri Shafie Apdal.

Presiden Warisan itu berkata ia bertentangan dengan trend semasa di mana parti-parti politik bekerjasama untuk membentuk kerajaan, namun berdasarkan pengalaman lalu terbukti rakyat Sabah telah menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai masalah dengan kerajaan satu parti.

“Parti Berjaya yang diketuai oleh Tan Sri Harris Salleh mentadbir dari 1976 hingga 1985 sebelum dikalahkan oleh PBS yang diketuai oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dari 1985 hingga 1994.

“Saya akui ia adalah persekitaran yang berbeza sekarang… tetapi ia bergantung kepada apa yang rakyat Sabah mahukan,” tambahnya.

Mohd Shafie juga berkata pilihan raya negeri Sabah akan datang boleh menjadi “free for all” untuk parti-parti yang bersaing.

Mengenai kemungkinan kerjasama Warisan dan Barisan Nasional Sabah/UMNO untuk menentang gabungan pemerintah GRS, Mohd Shafie berkata setakat ini belum ada keputusan yang dibuat.

“Kita mesti kuatkan Warisan dahulu…kita tidak boleh bekerjasama dengan orang lain jika kita tidak pasti dengan kekuatan kita sendiri,” katanya.

Mengenai minat parti Pejuang untuk bekerjasama dengan parti tempatan bagi PRN akan datang, Mohd Shafie berkata ia adalah perkara biasa bagi parti politik dari semenanjung (mencari rakan kerjasama tempatan) menjelang pilihan raya.

Tanpa menolak kerjasama dengan parti bukan tempatan, ADUN Senallang itu berkata sudah tiba masanya untuk bekerjasama dengan parti yang berpangkalan di Sabah.

“Lebih baik kita bekerjasama dengan rakyat dan parti Sabah, kerana jika rakyat Sabah bersatu, apa perlu bekerjasama dengan parti lain?,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata parti Sabah dan Sarawak perlu bekerjasama dengan pihak dari semenanjung untuk pilihan raya parlimen.

“Kita tidak boleh memerintah negara tetapi Sabah dan Sarawak akan menjadi kuasa dalam politik Malaysia dan akan menentukan hala tuju negara.

“Jika kita bertindak dengan betul, ia bukan sahaja untuk kepentingan kita tetapi akan memberi manfaat kepada negara juga,” kata beliau.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top