Tidak benar harga ayam di Sabah cecah RM16.50 sekilogram – Fuziah

ayam.jpg

(gambar hiasan)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dakwaan bahawa harga ayam segar naik sehingga RM16.90 sekilogram di Sabah dinafikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Portal berita FMT dalam laporannya semalam memetik Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh sebagai berkata, pihaknya mendapati dakwaan itu tidak benar susulan pemeriksaan dan kutipan harga oleh pegawai pemantau harga (PPH) kelmarin yang membabitkan 142 premis.

Fuziah

Menurut beliau, ayam bersih Super dijual dengan harga RM14.00 sekilogram di Pasar Umum Sandakan dan Premis Chan Sui Teck, Sandakan, manakala bagi harga ayam standard, yang tertinggi adalah di Premis Parkwell Departmental Store dengan harga RM13.29 sekilogram.

“Sehubungan itu, dakwaan menyatakan bahawa harga ayam di Sabah mencecah RM16.50 adalah tidak benar,” katanya menambah, PPH melaksanakan pemantauan harga setiap hari.

Fuziah memberitahu FMT sedemikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa harga ayam segar di Sabah dilihat lebih tinggi berbanding Semenanjung, yang menjualnya sekitar RM7 hingga RM9 sekilogram.

Fuziah juga berkata, pihaknya akan membuat pemantauan secara berterusan bagi memastikan harga ayam terkawal dan pihak peniaga tidak mengambil keuntungan tidak munasabah.

“KPDN Sabah juga mengambil langkah serius berhubung isu harga ayam dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap peniaga-peniaga yang ingkar,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top