Tiba Masanya Untuk Mempunyai PM Yang Memahami Hak Sabah, Sarawak – UPKO

PH-di-Ipoh.jpg

IPOH: Sudah tiba masanya Malaysia mempunyai perdana menteri yang benar-benar memahami hak Sabah dan Sarawak, kata Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Presiden Upko itu berkata rakyat di Sabah dan Sarawak berhak mendapat hak yang sama seperti rakyat Malaysia lain yang tinggal di Semenanjung.

“Walaupun Sabah mempunyai sumber asli yang banyak, kita juga mempunyai banyak parti politik yang mewakili negeri ini.

“Krisis politik di Sabah amat ketara, justeru kita memerlukan kepimpinan yang bukan sahaja dapat memahami kita, tetapi juga menyelesaikan krisis politik kita,” katanya dalam ucapan perasmian konvensyen Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini pada Khamis.

Lebih 7,000 ahli menghadiri konvensyen itu.

Tambah Wilfred, setiap rakyat Malaysia layak mendapat perdana menteri yang datang daripada parti berbilang kaum.

“Selama ini, hak Sabah dan Sarawak telah diketepikan. Oleh itu, saya amat berharap dalam tempoh sebulan ini, kita menemui seorang perdana menteri yang boleh memahami Borneo dan apa yang kita perlukan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top