Tian Chua Tanding Bebas, Sedia Hadapi Tindakan PKR

tian-chua.jpg
Kongsi Bersama

Bekas naib presiden PKR, Tian Chua bersedia menghadapi sebarang bentuk tindakan yang diambil parti terhadap dirinya, kerana bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Batu, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Parti ini, saya mempunyai ikatan emosi yang kuat (dengannya). Saya sayang dan menyokong semua pemimpin PKR walaupun perbezaan dalaman yang kita ada.

“Saya sedar di kawasan Batu ini, saya bukan sebahagian daripada senarai calon PKR (untuk PRU15).

“Tetapi semangat saya sentiasa bersama Pakatan Harapan dan PKR,” katanya kepada pemberita sebelum memfailkan pusat penamaan calon di Sentul pagi ini.

Tian Chua bertanding bebas selepas PH meletakkan penyandang kerusi parlimen Batu P Prabakaran untuk mempertahankan kerusi parlimen itu. Kawasan itu bakal menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru.

Menurut bekas ahli parlimen Batu itu, dia bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan daripada PKR (kerana bertanding sebagai calon bebas), tetapi buat masa ini fokusnya menewaskan BN dan memenangi pilihan raya, sambil memberi jaminan untuk menyekat kemaraan ‘kleptokrat’.

Katanya, dia belum memutuskan simbol apa yang akan digunakannya untuk bertanding dalam pilihan raya.

Tian Chua juga menegaskan dia belum keluar dari PKR.

“Peranan saya di sini (sebagai calon bebas) adalah untuk memastikan kita tidak mengambil risiko kehilangan Batu kepada lawan PKR.”

Dia berkata PKR telah memegang kawasan itu selama lebih 20 tahun sejak memenanginya pada pilihan raya umum 2008, tetapi dengan “keadaan semasa”, perjuangan untuk mempertahankannya semakin sukar dengan persaingan sengit, jentera BN dan gabungan orang yang “menentang PKR”.

“Komposisi Batu juga banyak berubah, daripada 70,000 pengundi kepada lebih 100,000 pengundi. Demografi juga berubah, dengan peningkatan pengundi Melayu.

“Dengan semua faktor ini, kami melihat penyandangnya terdedah kepada kekalahan,” jelasnya. -MALAYSIAKINI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top