Tiada peraturan halang parti Semenanjung bertanding di Sabah

suhaimi-nasir.jpg

Datuk Suhaimi Nasir

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Perlembagaan Persekutuan tidak melarang parti berasaskan Semenanjung daripada bertanding kerusi parlimen di Sabah, kata ketua penerangan Umno Sabah Datuk Suhaimi Nasir.

Umno mempunyai sejarah yang panjang di negeri ini, Umno Sabah bergerak secara autonomi. Oleh itu, tidak timbul persoalan Umno tidak menghormati autonomi Sabah, katanya.

“Mereka daripada Umno yang bertanding kerusi di Sabah adalah orang Sabah. Umno Sabah juga diberi kuasa untuk mengendalikan perkara mengikut amalan di negeri ini,” katanya sebagaimana dilaporkan FMT.

Suhaimi juga berkata parti itu tidak pernah berdiam diri mengenai hak perlembagaan negeri kepada 40% daripada hasil bersihnya.

“Umno Sabah komited untuk bersuara dan membangkitkan perkara itu kepada kerajaan persekutuan,” katanya.

Suhaimi berkata gesaan presiden STAR Jeffrey Kitingan agar parti-parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia tidak bertanding kerusi parlimen di negeri ini adalah bercanggah dengan perlembagaan.

Kitingan sebelum ini dilaporkan meminta semua parti yang berpangkalan di semenanjung menghormati autonomi politik negeri dengan tidak bertanding di kerusi parlimen di Sabah.

Borneo Daily semalam melaporkan Kitingan sebagai berkata bahawa kehadiran parti Malaya mengganggu “sejarah unik dan dinamik politik” Sabah dan menyemai “perpecahan di kalangan penduduk tempatan”.

Daily Express juga melaporkan Presiden STARSabah itu sebagai berkata pada bulan lepas bahawa parti-parti yang berpangkalan di semenanjung mengambil alih kerusi negeri dan parlimen Sabah “secara automatik membuatkan kita kehilangan autonomi kita”.

Beliau berkata kemasukan parti berasaskan semenanjung ke negeri itu telah membawa kepada “penjajahan secara proksi”.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top