Tiada Lagi Hutang Tertunggak Libatkan Dua Syarikat Minyak Dan Gas di Sabah

masidi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua syarikat minyak dan gas masing-masing Respol Oil & Gas Limited dan Sea Hibiscus Sdn Bhd tidak mempunyai hutang tertunggak dari segi cukai jualan negeri (produk petroleum) setakat ini.

Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kedua-dua syarikat itu telah membayar RM79.41 juta masing-masing Sea Hibiscus Sdn Bhd (RM70.05 juta) manakala Repsol Oil & Gas Limited (RM9.36 juta).

“Kini, kedua-dua pihak syarikat juga telah mula membuat bayaran bagi cukai semasa,” katanya ketika menjawab soalan asal ADUN Dilantik Datuk Seri Yong Teck Lee yang ingin tahu berapakah jumlah hutan cukai jualan negeri bagi kedua-dua syarikat itu sehingga bulan Oktober 2022.

Menjawab soalan tambahan Assaffal P Alian (Warisan-Tungku) yang ingin tahu punca kelewatan bayaran CJN produk petroleum melibatkan kedua-dua syarikat, Masidi berkata, ia melibatkan isu perundangan yang menjadi pertikaian oleh syarikat tersebut.

Katanya, susulan pertikaian itu kerajaan negeri telah memberi pandangan termasuk tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasa penuh perundangan serta perlembagaan negeri yang ada untuk membuat tuntutan.

“Sebenarnya saya tidak mahu mengulang cerita lama kerana saya menganggap mereka ini sebahagian daripada rakan kita untuk membangunkan Sabah dengan persetujuan membayar cukai jualan tetapi ia melibatkan isu perundangan yang menjadi pertikaian,” katanya.

Selain itu, Masidi berkata, setakat ini hanya satu syarikat yang masih berunding untuk membayar cukai jualan negeri tetapi pagi ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top