Tiada lagi beg plastik untuk pembeli di KK menjelang Ogos

beg-plastik.jpg

Gambar hiasan

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Beg plastik tidak lagi ditawarkan kepada pembeli di bandar raya ini menjelang Ogos, kata Datuk Bandar Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Sebaliknya, menurut beliau, pengguna digalakkan membawa beg sendiri apabila mereka membeli-belah di bandar raya ini.

“Ia adalah sebahagian daripada fasa kelima kempen “Bawa Beg Bah” (3B) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) (3B),” tambahnya.

Kempen yang sedang dijalankan itu bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik konvensional, di samping mempromosi amalan “kurangkan, guna semula dan kitar semula” dalam kalangan orang ramai.

Kedai makan juga akan berhenti menyediakan beg plastik dan penyedut minuman, tambah Sabin pada penutupan kempen Hari Alam Sekitar Sedunia di ibu pejabat DBKK di sini pada Selasa.

Beliau berkata di bawah fasa semasa kempen 3B, kedai hanya boleh menyediakan beg plastik kepada pelanggan mereka empat hari seminggu.

“Pada masa ini, kami berada di fasa keempat Kempen 3B yang tidak membenarkan beg plastik pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin di semua cawangan dalam bidang kuasa kami.

“Jadi dalam fasa seterusnya, kami akan meningkatkannya kepada sepanjang minggu,” katanya.

Kempen ini bagaimanapun tidak melibatkan pasar basah dan pasar ikan.

 

Berita asal: The Star

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top