Tiada Kesatuan Punca Suara Pemimpin Sabah Tidak Didengar – Shafie Apdal

shafie-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tiada permuafakatan dan kebulatan suara antara punca yang menyebabkan suara-suara pemimpin Sabah tidak didengari.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, ahli-ahli politik di negeri ini tidak bersepadu apabila hendak menuntut hak-hak Sabah hingga menyebabkan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sukar untuk dituntut.

Ahli Parlimen Semporna ini berkata, kebanyakan parti-parti politik berasaskan kaum dan ini menjadi masalah yang menyukarkan penyatuan semua pihak.

Jika dilihat Sabah sebuah negeri yang cukup kaya dengan sumber tapi, kemudahan infrastruktur asas di negeri ini masih jauh ketinggalan.

“Kemana harta dan kewangan Sabah yang begitu besar? Ini keadaan yang berlaku apabila pemimpin tidak mengutamakan kepentingan rakyat.

“Hanya semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, kita mampu membawa Rang Undang-Undang untuk mengembalikan kedudukan Sabah dalam asas pembentukan Malaysia namun, ia tidak berjaya disebabkan tiada kesepaduan.

“Pada saat kita semua mempunyai kesepaduan bersuara, saya yakin ia akan membolehkan Sabah mendapatkan semula hak-hak yang termaktub dalam MA63,” katanya semasa program bual bicara secara maya ‘Whats’s going on Malaysia’ bersama Harith Iskandar kelmarin.

Ketika ini, pemimpin politik perlu melihat jauh ke hadapan dengan mengenepikan politik berasaskan kaum dan agama. Jika ini menyatukan rakyat, perubahan perlu dilakukan. Jangan jadikan kaum sebagai pegangan politik kerana ia akan menyebabkan negara tidak mampu maju ke hadapan.

Jangan kerana hanya mahu berkuasa, pemimpin di negeri ini berbalah sesama sendiri.

Sekarang apabila Perikatan Nasional (PN) memerintah di Sabah, Mohd Shafie berkata, beliau tidak mengacau mahupun membeli wakil rakyat mereka. Biarlah orang menilai bagaimana kepimpunan mereka kerana ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan pada masa ini. – Borneo Today

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top