Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Sembilan Juta Pengguna Domestik

ismail-sabri-2.jpg
Kongsi Bersama

Kerajaan hari ini membatalkan rancangan mereka untuk menaikkan tarif elektrik pengguna domestik.

Perkembangan itu hadir kurang dari 48 jam selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mengumumkan bahawa tarif baru untuk tempoh 2022 – 2024 yang mungkin akan dilaksanakan pada 1 Feb ini.

Keputusan membatalkan kenaikan tersebut dibuat pada mesyuarat kabinet hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ciapan Twitter.

“Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik lebih 9 juta pengguna domestik.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan memutuskan untuk meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta agar pengguna-pengguna domestik tidak terkesan,” katanya.

Takiyuddin semalam berkata keputusan mengenai tarif baitu elektrik itu sudah dimuktamadkan pada Rabu selepas ia dibincangkan sebanyak enam kali dalam mesyuarat kabinet.

Sebelum ini, setiausaha agung PAS itu dilaporkan berkata tarif baru berkenaan akan memberi kesan kepada hampir 85 peratus pemegang akaun domestik daripada lapan juta pengguna di seluruh negara.

Pun begitu Takiyuddin memberi jaminan kenaikan tersebut tidak akan membebankan orang ramai.

Dia juga berkata kerajaan mengambil kira keadaan semasa negara yang semakin pulih daripada krisis ekonomi berikutan pandemik Covid-19 semasa menentukan tarif elektrik baharu.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top