Tiada Kenaikan Tarif Elektrik, Kata PM

Bil-TNB.jpg

Gambar sekadar hiasan.

Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif elektrik terhadap rakyat, biarpun jumlah keseluruhan kos subsidi bahan api itu bakal mencecah RM30 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media di Bangunan Perdana Putra hari ini, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, tarif elektrik bagaimanapun akan dinaikkan sedikit untuk kategori syarikat multinasional yang mengeksport produk ke luar negara.

Katanya lagi, butiran tentang kenaikan tarif itu akan diumumkan Menteri Sumber dan Tenaga Asli, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam masa terdekat.

“Berdasarkan laporan NACCOL (Majlis Tindakan Sara Hidup Negara) semalam, kita memutuskan supaya cadangan awal untuk naikkan tarif elektrik itu tidak diteruskan, kerana kita akui ia akan membebankan rakyat, walaupun kita akui jika tidak ada apa apa dilakukan, ia akan memberi kesan kepada kewangan negara agak tinggi, iaitu RM30 bilion.

“Maka saudara Nik Nazmi, selaku menteri berkenaan akan buat pengumuman, jika dikenakan pun akan kepada syarikat multinasional yang eksport kerana tarif terlalu rendah buat mereka, dan subsidi itu tidak harus diberikan kepada syarikat gergasi yang untungnya tinggi,” katanya lagi.

Perdana Menteri berkata, kenaikan tarif itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat secara amnya, termasuk syarikat industri kecil sederhana, syarikat pertanian, dan pengeluar makanan. – AWANI

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top