Tiada isu gaji tertunggak, kata Kim Swee

Kim-Swee.jpg

Datuk Ong Kim Swee.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU : Pemain Sabah FC sudah boleh menarik nafas lega apabila disahkan segala kemelut berkaitan tunggakan gaji sudah selesai.

HMetro melaporkan pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata beliau mahu pemainnya memberi sepenuh tumpuan menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) yang masih panjang itu.

Katanya, beliau menghargai usaha keras pengurusan tertinggi Sabah FC diketuai Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Shahelmey Yahya dan Pengurus Sabah FC, Rafie Robert dalam menyelesaikan masalah itu, sekali gus menjaga kebajikan pemain dan staf pasukan.

“Kalau kita lihat apa yang kita baca di media sosial, saya dapati beberapa perkara tidak benar. Saya ingin jelaskan semua masalah (tunggakan gaji) yang lepas telah diselesaikan Presiden (SAFA) dan pengurus.

“Sudah tentu kita ada sedikit kekurangan apabila saya percaya bukan pasukan Sabah saja, tetapi kelab lain turut berdepan rintangan terutama dari segi kewangan.

“Kita ada jadual bagi memastikan semua pemain dan pegawai menerima hak mereka dan menjaga kebajikan mereka terutama pasukan Liga Super,” katanya kepada Arena Metro.

Terdahulu, timbul pelbagai dakwaan di laman sosial mengenai kemerosotan prestasi skuad The Rhinos termasuk kekalahan besar 0-7 di tangan Terengganu FC di suku akhir Piala FA, baru-baru ini.

Malah langkah penyerang import, Ramon Machado menamatkan kontrak dengan Sabah FC dikatakan berpunca kerana isu tunggakan gaji.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top