Tiada Halangan Pejuang, MUDA Masuk Ke Sabah – Azizah

azizah-mohd-dun.jpg

Datuk Azizah Mohd Dun

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tiada halangan untuk Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memulakan langkah masuk ke negeri ini untuk membuat jelajah.

Dalam laporannya Utusan Borneo memetik Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun berkata,  sebagai sebuah negara demokrasi, beliau mengalu-alukan apa sahaja parti untuk masuk dan menjelajah ke negeri ini.

“Ini negara demokrasi, siapa saja mahu buka parti datang ke sini tiada masalah. Terpulang kepada rakyat untuk menerima mereka.

“Bagi saya sebagai negara demokrasi kita terbuka dan tidak boleh menghalang orang untuk datang,” katanya ketika ditanya  mengenai langkah agresif parti PEJUANG dan MUDA yang sudah mula menjalankan jelajah ke negeri ini.

Beliau berkata, BERSATU khususnya Srikandi di Sabah sudah bersiap sedia dan bekerja kuat daripada akar umbi lagi untuk persiapan (pilihan raya umum).

Justeru pihaknya mengalu-alukan mana-mana parti yang masuk ke negeri ini memandangkan BERSATU sememangnya sentiasa membuat persediaan.

Terdahulu Azizah yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) menghadiri majlis Iftar Perdana MARA Sabah 2022 di sini kelmarin.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top